Thursday, 21 May 2015

25 tip dapur bersih & selamat,buat anda selesa di dapur.

"Eeee..kotornya!" Inilah kata-kata yang mungkin diungkapkan sesiapapun apabila melihat keadaan dapur yang tidak dijaga sebaiknya.Keadaan dapur sedemikian bukan saja mengundang ketidakselesaan,malah boleh membawa bahaya kepada anda baik daripada segi keselamatan juga kesihatan.

Ikuti 25 tip dapur bersih dan selamat berikut sebagai panduan:

1.Buang barangan yang tidak diperlukan.

2.Ikuti kaedah menyimpan barangan dengan betul.

3.Pastikan peti sejuk kemas dan bersih.Buang isian yang tidak boleh digunakan.Bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4.Sentiasa lap permukaan kabinet,meja dan juga kaunter berpulau anda.

5.Lap ketuhar gelombang mikro selepas digunakan.

6.Pastikan sampah sentiasa dibuang daripada tong dan kemudiannya bersihkan tong sampah berkenaan untuk mengelak bau.

7.Amalan sikap membersihkan dapur selepas memasak.

8.Jangan lupa menukar tuala mahupun kain yang telah digunakan untuk mengelap.

9.Gunakan sekurang-kurangnya dua papan memotong dan asingkan penggunaan untuk sayur dan bahan mentah seperti ayam dan daging .

10.Jangan biarkan kotoran yang ada dalam keadaan terlalu lama kerana akan mengundang bakteria.

11.Pastikan singki anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

12.Mop lantai untuk pastikan ia bersih daripada kesan minyak atau sebarang sisa masakan untuk mengelakkan daripada tergelincir.

13.Lap kipas yang ada di dapur untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam makanan yang dihidang.

14.Bakul sampah yang besar tidak sepatutnya berada di dapur kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan.

15.Elakkan lantai daripada berkeadaan lembap.

16.Elakkan daripada meletakkan alatan tajam seperti pisau di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

17.Barangan kaca hendaklah disimpan di dalam rak bertutup.

18.Susun kelengkapan memasak di tempat sebaiknya untuk memudahkan kerja-kerja pencarian semula.

19.Elak daripada meletakkan alatan yang panas di tempat yang terlalu rendah dan mudah dicapai.

20.Tukar alat penapis air mengikut jadual yang telah ditentukan.

21.Bersihkan alat pemanas air setiap hari selepas menggunakannya untuk mengelakkan kesan karat.

22.Ketahui teknik membersihkan peti sejuk terlebih dahulu sebelum anda mula membersihkannya.

23.Elakkan daripada menggunakan bekas penyimpanan plastik yang telah digunakan untuk isian semula.Sebaiknya bersih dan keringkan terlebih dahulu.

24.Vakum karpet sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

25.Sentiasa bersedia dengan bahan penghapus haiwan perosak seperti lipas,tikus dan sebagainya.

Bila dapur sentiasa diselia dengan baik,kita pun rasa rajin nak masak untuk orang-orang tersayang.Makanan tentulah bukan saja bersih,malah selamat.


Sunday, 26 April 2015

Cara Beli Shaklee Online menggunakan e-Sell

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Shaklee telah memperkenalkan sistem e-Sell atau Online Ordering System yang kini pembelian produk Shaklee boleh dibuat menerusi online dan menggunakan kad Debit atau Kredit anda.Ia lebih mudah,pantas dan selamat.

Anda hanya perlu direct klik button yang dicadangkan dalam website ini dan akan terus ke laman web Shaklee dan terus buat pembelian tanpa perlu caj tambahan oleh Paypal.Shaklee sendiri akan terus hantarkan produk kepada anda.


Cara-caranya seperti berikut :-

Langkah 1 : Anda boleh klik link yang meneruskan pembelian Shaklee di dalam website ini.

Langkah 2 : Anda akan dibawa direct ke laman web Shaklee seperti berikut.Sila baca dan faham,kemudian klik "Agree"dan next untuk ke pautan seterusnya.






Langkah 3 : Klik dan tick pada produk yang ingin dibeli serta kuantiti.Setelah selesai memilih produk,klik "Checkout" di bawah senarai produk.


Langkah 4 : Masukkan info peribadi untuk penghantaran produk Shaklee yang ingin dibeli dan klik "Continue".Jumlah harga  dan produk yang ingin dibeli akan dipaparkan.Klik button "Proceed with Payment".


Langkah 5 : Masukkan info kad debit atau kredit anda.Seterusnya klik "Confirm Payment",order akan diproses dan apabila transaksi berjaya,anda akan menerima MSOS code.Masukkan MSOS code.Anda akan menerima verification page untuk anda print resit.Resit rasmi juga akan anda perolehi dalam emel anda.


Langkan 6 : Selesai.Anda hanya perlu tunggu Shaklee sampai ke alamat yang anda berikan.Sebarang pertanyaan berkenaan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi Shaklee,hubungi saya.



Senang kan? Selamat ber'shopping'!

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Saturday, 25 April 2015

Tips banyakkan Susu Ibu

Sebagai ibu kita pasti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan?Saya percaya ramai di antara ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah penyusuan,terutama untuk anak pertama.

Perkara ini biasa berlaku kepada mana-mana ibu yang menyusukan anak.Oleh itu anda tak perlu risau jika mengalami susu semakin berkurangan.Pelbagai tips,cara dan teori untuk memperbanyakkan susu.
Namun begitu,dengan pelbagai tips & cara yang diamalkan masih tidak memberi kesan untuk perbanyakkan susu.Kenapa?Ini kerana ibu tidak mengambil tahu akan punca kekurangan susu berlaku.Jika punca kekurangan susu itu diketahui,maka ia lebih mudah untuk dapatkan jalan penyelesaiannya. 

Apakah punca-punca susu semakin berkurang?

  1. Kurang stimulasi akibat kekangan masa di tempat kerja(kurang sesi mengepam)
  2. Keadaan ibu yang penat dan stress
  3. Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan kepada susu
  4. Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur)
  5. Ibu mendapati dirinya hamil lagi
  6. Bayi semakin kurang menyusu dan ibu tidak mengepam di rumah
  7. Bayi menyusu tidak sebaiknya yang mana boleh mengurangkan keberkesanan pengosongan payudara
  8. Ibu kurang menjaga diri dari segi pemakanan dan rehat

Tips banyakkan susu badan

 1. Elakkan Stress.Ini kerana stress boleh menyebabkan hormon yang menghasilkan susu 'tertekan'Jika anda sibuk ,cuba buat jadual dan bahagikan tugas ikut keutamaan.Tugas-tugas di rumah dikongsi bersama suami atau upah pembantu samada harian atau tinggal bersama. Sekiranya anda tidak mendapat sokongan penyusuan dari orang sekeliling dan anda stress dengannya, dapatkan pertolongan pihak ketiga, atau lekakan diri anda dengan perkara-perkara yang boleh membuat anda gembira. 

2. Pemakanan yang berkhasiat.Kurangkan pengambilan kafein kerana ia mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.Begitu juga makanan segera dan garam,ia menjadikan tubuh anda kehilangan air dengan cepat kerana garam menyerap air. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

3. Air kosong.Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.(Paksa diri minum,lama-lama terbiasa).Ia bagi memastikan kesihatan optimum anda.Lebih-lebih lagi jika mengambil supplemen,kuantiti air perlu banyak agar kepekatan cecair dalam tubuh berada dalam paras normal.Namun begitu,pengambilan air yang mencukupi sangat penting, walaupun tidak menyusukan anak.

 4. Sesi mengepam secara konsisten.Stimulasi diperlukan semasa bayi tidak menyusu.Ini bagi memastikan penghasilan susu yang berterusan.Bagaimana sibuk pun anda,cuba cari waktu untuk mengepam samada di rumah atau pejabat.Sekurang-kurangnya pam setiap 2-3jam sekali.Anda juga boleh mengepam serentak sambil menyusukan bayi. 

5. Sentiasa ceria.Melakukan aktiviti yang mengembirakan anda. Sentiasa berada dalam keadaan gembira akan membantu penyusuan.Lakukan apa saja aktiviti yang membuat anda gembira seperti beriadah bersama keluarga,menonton wayang,makan makanan kegemaran anda dan sebagainya.Ini kerana ia akan mengeluarkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.

 6. Pengambilan supplemen.Pengambilan supplemen yang betul boleh membekalkan ibu dengan nutrient yang mencukupi.Supplemen yang baik bukan saja untuk memperbanyakkan susu,malah juga memberi kebaikan kepada ibu secara keseluruhan.

 7. Makanan penambah susu.Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti sawi dan sebagainya seperti buah tamar,lobak putih adalah antara makanan yang membantu memperbanyakkan susu.Pengambilan makanan tinggi serat juga bagus untuk keperluan tubuh badan anda. 

Faktor PALING UTAMA  dalam penyusuan ibu adalah kekerapan mengosongkan payudara.Kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya payudara kerap dikosongkan.  Walau pelbagai teknik atau sebagus mana teknik pun atau makanan penggalak susu yang anda amalkan atau ambil... kalau perkara yang satu ini diabaikan maka anda pasti takkan nampak jalan susu yang kurang nak bertambah. Apabila payudara kosong,ia akan menghantar isyarat kepada otak supaya “Hasilkan susu”. Jangan tunggu payudara bengkak atau penuh baru nak pam.Penuhi konsep penyusuan iaitu ‘Supply by Demand’,makin kerap dikosongkan makin banyak susu dihasilkan.Anda boleh pam semasa,selepas atau sebelum menyusukan bayi. Pam sehingga anda rasa payudara betul-betul kosong,ringan dan tiada susu lagi yang menitik. PAM! PAM! PAM! Dan PAM! 


Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu,anda tidak keseorangan.Ibu bekerjaya ini menghadapi masalah yang sama akibat kekangan masa.Bagaimana beliau mengatasi masalah kekurangan susu?Tonton video ni. 



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore