Sunday 22 February 2015

Atasi masalah keguguran rambut

 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:

  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita.Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran,anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan jadi botak.Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi mencapai umur setahun.
  4. Selepas peringkat berehat,rambut akan gugur.Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut.Ia akan diganti dengan rambut baru.
  5. Purata  keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil,peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan.Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin,tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat.Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra hamil.Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.


Masalah keguguran biasa terjadi terutama bagi ibu yang lepas bersalin.Keguguran rambut adalah lebih ketara kerana..

  • Kurang vitamin seperti zinc dan protein
  • Kurang rehat(kerana menjaga bayi yang baru lahir)
  • Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara.Apabila bersalin,rambut mengalami fasa 'rehat' dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru,lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  • Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ini berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin,sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.(teori orang-orang lama)


Bagaimana mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin?
  • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik,dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
  • Ada ibu yang memotong rambut pendek kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Pengambilan makanan yang sihat dengan protein dan zat besi secukupnya.
  • Mengambil supplemen yang mengandungi multivitamin dan mineral,zinc dan protein.

Rawatan rambut gugur dengan vitamin Shaklee


ESP - membantu pertumbuhan dan menguatkan rambut

Vita Lea - memenuhi nutrisi keperluan seharian,membantu dalam stimulasi pertumbuhan rambut

Zinc - kekurangan zinc dalam diet akan melemahkan rambut dan menyebabkan masalah keguguran rambut.

Revitalizing Shampoo - Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

Di harap video di bawah dapat menyakinkan anda yang menonton..Happy Sharing!


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore




Cara Simpan Susu Ibu (EBM)

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita.Bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif,kita perlukan ilmu dan tahu cara penyimpanan Express Breast Milk (EBM) dengan betul bagi memelihara khasiatnya.

Kebanyakkan ibu-ibu bekerja perlu menyimpan stok susu yang mencukupi untuk diberikan semasa ketiadaan ibu bersama bayi.Susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah betul supaya nutriennya tidak musnah dan terpelihara kerana ia mengandungi sel hidup.Susu ibu secara semulajadinya mempunyai anti-bakteria yang membolehkan ia disimpan lama dan kekal segar.

Ini gambaran untuk kita faham cara penyimpanan susu ibu dan tempoh masa yang selamat.




Panduan menyahsejukbeku susu ibu:
  • Jika anda hendak menggunakan susu ibu yang telah dibekukan pada esok hari,turunkan susu tersebut ke peti ais bawah pada malamnya.
  • Bagi memanaskan susu,rendamkan botol/bekas susu tersebut di dalam air panas suam(air terlalu panas akan merosakkan kandungan nutrien dalam susu tersebut.
  • Goyangkan botol/bekas susu untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasa dulu suhu susu sebelum diberi minum kepada bayi.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Botol/bekas susu perlu dibasuh bersih dengan sabun,direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan dengan sempurna.
  • Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan.contohnya 2-4oz setiap bekas.
  • Jangan simpan susu sehingga penuh botol/bekas.Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan semasa proses pembekuan.
  • Sebaiknya sebelum susu dibekukan,hendaklah disimpan di bahagian sejuk dahulu supaya nutriennya tidak rosak akibat perubahan susu yang mendadak.
  • Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana suhunya tidak stabil apabila pintu peti sejuk kerap dibuka tutup.
  • Sebaiknya simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan sekata.
  • Sekiranya menggunakan cooler bag,pastikan ice pack mencukupi dan ganti ice pack jika perlu serta elakkan kerap membuka cooler bag agar suhunya stabil.
Maklumat tambahan bagi ibu bekerjaya:
  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk / cooler bag.Bagi perjalanan balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk susu kekal sejuk (walaupun jarak ke rumah hanya 10minit).Apabila sampai di rumah,susu boleh disimpan di peti sejuk atas ataupun bawah.Tidak digalakkan menyimpan susu di bahagian sejuk beku semasa di pejabat kerana susu yang dibekukan sukar diurus (kerana kita perlu memastikan susu tersebut sentiasa beku dan tidak boleh cair walau sedikit).
  • Susu yang telah cair tidak boleh dibekukan semula.Namun ia boleh disimpan di bahagian peti sejuk bawah dan digunakan dalam masa 24jam dari waktu susu tersebut mula cair.
  • Susu perahan sebaiknya disimpan di bahagian peti sejuk bawah jika ia untuk stok beberapa hari.Jika selepas hari ke-5 susu masih belum digunakan,boleh dibekukan bagi memanjangkan tempoh hayatnya.
  • Akibat proses pembekuan,susu perahan akan kehilangan sedikit nutrien namun khasiatnya jauh lebih baik berbanding susu formula.Oleh itu ibu harus memberi bayi susu secara direct feeding,susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi nutrien dan antibodi bayi.
  • Susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis minum,boleh disejukkan semula dan digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam.Jika selepas penyusuan ke-2 masih bersisa,hendaklah dibuang. 
  • Jangan panaskan susu perahan dengan air mendidih,microwave atau air melebihi suhu 70 darjah Celcius kerana khasiatnya akan rosak.

Semoga maklumat dan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan sehingga umur anak mencecah 2 tahun.Jangan lupa konsep Demand & Supply,lebih kerap payudara dikosongkan,lebih banyak susu dihasilkan.Good Luck!



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore







Wednesday 4 February 2015

Promosi Februari 2015..4 Vitamin Shaklee yang hebat!

Bulan ni Shaklee dengan berbesar hati bagi tawaran istimewa untuk peminat2 nya.Jom kita tengok antara vitamin2 dengan harga yang best.



1. Beli 6 percuma 1 ~ Ostematrix & Vitalea

2. Beli 3 percuma 1 ~ Advance Joint Health Tablet & Vitalea for Children

Apa fungsi vitamin2 di atas?

Vitalea - multivitamin & mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap

Ostematrix - membantu untuk masalah tulang/kekurangan kalsium

Advance Joint Health - merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi

Vitalea for Children - menjaga kesihatan kanak2 

Pm saya Didie untuk maklumat lanjut @012-6227811.