Tuesday 28 October 2014

Set kecantikan Shaklee Untuk Kulit Cantik Berseri..Bersih

Setiap wanita ingin mempunyai kulit yang cantik,gebu dan berseri.Sekarang ni ada macam-macam produk kecantikan di pasaran tetapi pasti semua nak cari terbaik.Siapa yang tak nak cantik kan?

Walaupun dah beranak pinak,kecantikan luar dan dalam perlu dijaga sebaiknya lebih-lebih dengan umur yang semakin meningkat.Untuk suami juga kan.Sejuk mata suami pandang isteri sentiasa cantik.

Kulit berjerawat,kusam,tidak sekata adalah antara masalah yang biasa dihadapi oleh kaum hawa terutamanya.Jom kenali vitamin yang terdapat dalam Set Kecantikan Shaklee bagi membantu mengatasi masalah kulit anda.



B Complex 

  • membantu untuk mengekalkan tona kulit sihat
  • mengubati jerawat
  • melambatkan tanda penuaan
  • mencegah pigmentasi
Vitamin C
  • melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas
  • bertindak melindungi dan membaiki kulit
  • mencerahkan kulit
  • sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit
  • merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang akan menjaga keanjalan,kelenturan serta kehalusan kulit
Vitamin E
  • mencegah proses penuaan
  • melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • menjaga kelembapan kulit
  • menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
  • menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Jom tengok testimoni kat bawah ni..lepas tu anda boleh decide apa patut anda buat jika menghadapi masalah yang sama.Semoga video ini dapat membantu.



Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik,sihat dan mantap,ambillah bersama 3 kombinasi vitamin kecantikan iaitu ESP,GLA dan Collagen Powder.




=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore






Saturday 25 October 2014

Set Kolestrol - mengatasi masalah & mengawal kolesterol

Gaya hidup,kesukaran mengawal diet seharian serta faktor-faktor lain menyebabkan ramai yang menghadapi masalah kolesterol.
Tips dan panduan di sini dikongsikan untuk anda semua bagi menjaga kesihatan dan faedah bersama supaya kita dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah demi kesihatan berpanjangan.


Apakah Kolesterol?

Kolestrol adalah senyawa yang erat kaitannya dengan lemak kerana kolestrol sendiri termasuk kedalam keluarga lemak. Namun walaupun demikian,bentuk dari kolestrol ini tidak sama dengan lemak.Kolesterol sendiri bentuknya menyerupai lilin berwarna kekuningan.Kolestrol dapat ditemukan pada setiap sel yang ada dalam tubuh dan juga berperanan penting dalam proses pembentukan organ-organ penting dalam tubuh.

Apakah funsi kolesterol?

Kolestrol dalam darah yang langsung berasal dari makanan hanya seperempatnya diserap di usus,manakala sisanya merupakan hasil produksi sel-sel hati.Kolesterol sebenarnya memberi manfaat bagi tubuh dan fungsi organ tubuh lainnya seperti :-
  • membentuk hormon seks
  • membentuk hormon korteks adrenal yang bermanfaat untuk menjaga keseimbangan metabolisme dan kadar garam dalam tubuh
  • membantu perkembangan otak dan saraf
  • sebagai pembungkus dan pelapis jaringan saraf dan membran sel
  • menghasilkan vitamin D yang bermanfaat untuk menyerap kalsium tubuh bagi kesihatan tulang
  • pembentukan asam empedu bagi meningkatkan pembuangan lemak
 Jenis Kolesterol

Ia terbahagi kepada 3 dan jenis-jenis kolestrol tersebut tersusun dari kolesterol,protein dan trigliserida.Jenis kolesterol yang dimaksudkan adalah :-

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)
- Kolesterol LDL memiliki jumlah kolesterol yang terbanyak dibanding protein dan trigliserida.Ia dikenali sebagai 'kolesterol jahat' dan berfungsi untuk menyebarkan kolesterol yang telah diproduksi oleh sel hati ke jaringan-jaringan tubuh,juga boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam arteri.

Kolesterol VLDL (Very Low Density Lipoprotein)
Kolesterol VLDL memiliki jumlah trigliserida yang terbanyak dibanding protein dan kolestrol.VLDL memiliki sifat seperti kolesterol LDL tetapi kandungan terbesar yang dimilikinya bukan kolesterol tetapi trigliserida,sebagai salah satu jenis lemak yang ada di dalam darah.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein)
Kolesterol LDL memiliki jumlah protein yang terbanyak dibanding kolesterol dan trigliserida.Ia juga dikenali sebagai 'kolesterol baik' kerana ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati bagi menyingkirkan kolesterol dari arteri.



Tahap Kolesterol Normal

Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor,antaranya Pemakanan,Merokok,Tekanan,Penyakit Hati dan Minuman Keras.Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali perlu dibuat sekiranya berumur 30an untuk mengetahui tahap kesihatan anda.Bacaan kolesterol boleh dibuat melalui ujian darah.
Normal bacaan paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.


Cara Mengawal Paras Kolesterol

1. Mengawal pemakanan 
  - Kurangkan pengambilan makanan berlemak,tinggi kolesterol dan makanan yang tinggi gula seperti     produk tenusu,daging merah,telur,hati dan lain-lain.
  - Banyakkan makan buah-buahan,sayur-sayuran,oat dan gandum.Serat akan mengikat kolesterol           dalam saluran usus dan menyingkirkannya dari tubuh.
  - Makan kekacang.Segenggam kacang sehari,terbukti boleh menurunkan kadar LDL atau kolesterol     jahat.Kacang pistachio dikatakan antara yang terbaik untuk menurunkan kadar kolesterol.



2. Banyakkan bersenam
  - Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol baik.
  - Senaman selama 30 minit dalam beberapa hari seminggu dapat menurunkan kadar kolesterol.

3. Jalani pemeriksaan kesihatan
  - Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan kadar kolesterol sentiasa terkawal.

4. Berhenti merokok
  - Merokok akan mengurangkan kadar kolesterol HDL di dalam badan.

5. Amalkan diet seimbang
  - Diet yang seimbang dan berkhasiat dikatakan boleh membantu mengawal paras kolesterol.

6. Elakkan pengambilan alkohol
  - Alkohol menurunkan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

7. Elakkan stress
  - Stress yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol.
  - Mereka yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.
                  

Bagaimana Shaklee membantu?

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi atau tanpa ubat,suka diingatkan bahawa supplemen bukanlah ubat yang boleh mengubati penyakit secara segera.

Sekiranya anda sedang dalam rawatan doktor,dinasihatkan agar anda merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen.Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen mempunyai tindak balas dengan ubat yang diambil.

Supplemen Shaklee yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol :-


B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan paras kolesterol

Garlic - Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol 'jahat' LDL

Vita C- Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri

Vita E - Vitamin E memperbaiki peredaran darah

Setiap pembelian Set Kolesterol Shaklee bersama saya layak menerima Jadual pengambilan supplemen dan konsultansi berterusan sepanjang pengambilan Set Kolesterol.



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Tuesday 21 October 2014

Herb-Lax


Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.Ia mengandungi 9 herba semulajadi:alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubard root,fennel seed dan culver;s root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.





Manfaat utama:

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus(natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas,sebagai minuman teh herba

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Lebih Sihat dengan Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee kini menjadi antara produk yang mendapat sambutan hebat dikalangan ibu-ibu  yang ingin berpantang secara moden dan sihat.Biasanya orang berpantang kena makan jamu,namun doktor pasti akan nasihat supaya jangan makan jamu untuk elak anak jaundice.Tapi dengan Set Bersalin Shaklee tak perlu risau,malah ia boleh mengelakkan anak dari jaundice.

Mempunyai 3 Set Bersalin Shaklee bergantung pada budget dan target anda. 

SET ASAS 

Berfungsi untuk penyembuhan,pemulihan luka dalam rahim dan jahitan,pembentukan semula darah merah,pemberi tenaga dan mengelakkan stress.





SET EXTRA

Terdiri daripada Set Asas dengan tambahan vitamin yang dapat menambahkan susu ibu dan melancarkan penyusuan.




SET PREMIUM

Terdiri daripada Set Extra dengan tambahan vitamin untuk melancarkan penyusuan dan penurunan berat badan selepas bersalin.




Bagaimana Set Bersalin Shaklee membantu?

VitaLea (120 biji) - Iron penting untuk membawa oksigen ke dalam darah serta membekal vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

B Complex (120 biji) - Melegakan saraf dan ketegangan,memberi tenaga dan menstabilkan hormon bagi mengelak meroyan.

Vita C (180 biji) - Penyembuhan luka,imuniti badan,membantu penghasilan kolagen dalam badan,

Zinc (120 biji) - Pemulihan luka jahitan dengan cepat,mengatasi rambut gugur.

ESP (850gm) - Sebagai Energy Booster,protin membantu penyerapan nutrisi dalam badan bagi penghasilan hormon penyusuan.

Ostematrix (120 biji) - Pemberi tenaga,kalsium magnesium,mengurangkan masalah sembelit.

Alfalfa (330 biji) - Milk Booster,membantu kesihatan rahim.

Lecithin (180 capsules) - Mengelakkan bengkak susu dan pengemulasi lemak dalam badan.


Testimoni 








Disini saya selitkan juga video yang mungkin dapat membantu anda..saksikan


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Set Bersalin Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu berpantang dan tidak seperti jamu,tidak perlu berhenti pengambilan walaupun baby jaundice.Ia juga baik samada bersalin normal mahupun caesar.ESP ,Alfalfa & Ostematrix membantu melancarkan penyusuan dan menghasilkan susu yang kaya dengan nutrisi.

Namun penghasilan susu yang meriah juga perlu dengan konsep 'Demand & Supply'.Oleh itu,ibu perlu kerap menyusu anak dan pam bagi penghasilan susu yang meriah dan kesan positif pengambilan supplemen.

Pembelian dengan saya akan disertakan dengan jadual pengambilan yang betul serta konsultasi berterusan.


=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Saturday 18 October 2014

Carotomax



CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena,diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut,tomato,biji anggur,brokoli,marigold,epal,kentang,minyak sawit dll. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah,seterusnya memelihara kesihatan penglihatan,kesihatan kulit dan mencegah kanser.


Manfaat Utama :-
  • Lebih selamat dari Vitamin A - penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A.Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932,satu prekursor vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia(rabun malam),rabun dekat,presbyopic,astigmatism,xerophthalmia(mata kering),kelesuan mata,glaucoma,katarak,floaters,eye bags dan gegelung hitam dimata.
  • Meredakan penyakit kulit - pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis,senile plaque,kulit kering,kulit gugur,jerawat dan akne.Penggunaan luaran untuk merawat pustule,scabies,akne,ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea,rongga oral,usu,perut,paru-paru,bronkus,pundi kencing,ovari semasa disintegrasi tisu,merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun,melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.Ini akan mengurangkan risiko kanser,terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru:batuk,hepatitis,asthma,flu dan selsema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat-Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja,menguatkan tulang,melindungi rambut,kulit,membran mukosa,gigi sihat,gusi dan sistem reproduksi.Juga penghasilan sperma yang sihat.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

DTX Complex



Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex;ekstrak bij benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik;ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi(herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion,kunyit dan articok(herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).


Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.Contohnya,serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung.Tetapi,serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.Namun,hati mampu membaiki organnya sendiri.




Fungsi hati:

  1. Rembesan hempedu - Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak;ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule).Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak;A,D,E,F,K, dan membantu mengasimilasikan kalsium.Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
  2. Bertindak sebagai detoksifikasi - Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.Hati mengawal metabolism protin.Untuk detoksifikasikan amonia,hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik,sisa racun serangga,dadah,alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.Oleh itu,dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul,anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.
  3. Mengawal paras gula dalam darah - Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid,ke dalam bentuk yang lebih aktif.Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai  glikogen,dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga.Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
  4. Penting dalam metabolisma lemak - Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula,iaitu ketika pengeluaran kolestrol,lipoprotein dan phospholipid,dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana,makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati,yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore



Wednesday 8 October 2014

Peppermint - Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa dan penghadaman.



Faedah utama :-

  • Pudina - melegakan otot perut,ia mempunyai kesan penenang.Membantu dalam penghadaman,mabuk laut/darat,membantu melegakan kesakitan gastrik,pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu,ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.Pudina merangsang mengeluarkan peluh,oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada  pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
  • Halia - Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.Halia merangsang rembesan enxim Salvia untutk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus,sakit haid,loya dan mual angin ketika mengandung,selepas melahirkan anak(semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita;penyelidik Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.
  • Pokok Adas (fennel) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut,melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis (anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid,batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan,menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa;melegakan haba di musim panas dan lembap,memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

Omega Guard

Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Bagaimana Omega Guard membantu mengurangkan risiko Penyakit Jantung?
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.Penyelidikan juga munujukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.Tambahan lagi,omega-3 dapat memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Omega Guard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dan lain-lain lagi.EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.Satu hidangan Omega Guard menyediakan 905mg asid lemak omega-3.

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Kelebihan utama Omega Guard Shaklee :-
  • Asid lemak - Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita.Oleh itu,kita perlu mengambilnya dari makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah,melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.Oleh sebab itu,ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.Ia juga merendahkan kolestrol,menghindar pembekuan darah di dalam badanmembantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesiti,mencegah arteriosclerosis,myocardial infaction,membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyakit Alzheimer,memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit,psoriasis,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis,merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis,memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan (anxiety),neurasthenia,insomnia,austism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore