Saturday 25 October 2014

Set Kolestrol - mengatasi masalah & mengawal kolesterol

Gaya hidup,kesukaran mengawal diet seharian serta faktor-faktor lain menyebabkan ramai yang menghadapi masalah kolesterol.
Tips dan panduan di sini dikongsikan untuk anda semua bagi menjaga kesihatan dan faedah bersama supaya kita dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah demi kesihatan berpanjangan.


Apakah Kolesterol?

Kolestrol adalah senyawa yang erat kaitannya dengan lemak kerana kolestrol sendiri termasuk kedalam keluarga lemak. Namun walaupun demikian,bentuk dari kolestrol ini tidak sama dengan lemak.Kolesterol sendiri bentuknya menyerupai lilin berwarna kekuningan.Kolestrol dapat ditemukan pada setiap sel yang ada dalam tubuh dan juga berperanan penting dalam proses pembentukan organ-organ penting dalam tubuh.

Apakah funsi kolesterol?

Kolestrol dalam darah yang langsung berasal dari makanan hanya seperempatnya diserap di usus,manakala sisanya merupakan hasil produksi sel-sel hati.Kolesterol sebenarnya memberi manfaat bagi tubuh dan fungsi organ tubuh lainnya seperti :-
  • membentuk hormon seks
  • membentuk hormon korteks adrenal yang bermanfaat untuk menjaga keseimbangan metabolisme dan kadar garam dalam tubuh
  • membantu perkembangan otak dan saraf
  • sebagai pembungkus dan pelapis jaringan saraf dan membran sel
  • menghasilkan vitamin D yang bermanfaat untuk menyerap kalsium tubuh bagi kesihatan tulang
  • pembentukan asam empedu bagi meningkatkan pembuangan lemak
 Jenis Kolesterol

Ia terbahagi kepada 3 dan jenis-jenis kolestrol tersebut tersusun dari kolesterol,protein dan trigliserida.Jenis kolesterol yang dimaksudkan adalah :-

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein)
- Kolesterol LDL memiliki jumlah kolesterol yang terbanyak dibanding protein dan trigliserida.Ia dikenali sebagai 'kolesterol jahat' dan berfungsi untuk menyebarkan kolesterol yang telah diproduksi oleh sel hati ke jaringan-jaringan tubuh,juga boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam arteri.

Kolesterol VLDL (Very Low Density Lipoprotein)
Kolesterol VLDL memiliki jumlah trigliserida yang terbanyak dibanding protein dan kolestrol.VLDL memiliki sifat seperti kolesterol LDL tetapi kandungan terbesar yang dimilikinya bukan kolesterol tetapi trigliserida,sebagai salah satu jenis lemak yang ada di dalam darah.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein)
Kolesterol LDL memiliki jumlah protein yang terbanyak dibanding kolesterol dan trigliserida.Ia juga dikenali sebagai 'kolesterol baik' kerana ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati bagi menyingkirkan kolesterol dari arteri.



Tahap Kolesterol Normal

Tinggi rendah paras kolesterol pada badan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor,antaranya Pemakanan,Merokok,Tekanan,Penyakit Hati dan Minuman Keras.Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali perlu dibuat sekiranya berumur 30an untuk mengetahui tahap kesihatan anda.Bacaan kolesterol boleh dibuat melalui ujian darah.
Normal bacaan paras kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL tidak kurang 1.0mg/dl.


Cara Mengawal Paras Kolesterol

1. Mengawal pemakanan 
  - Kurangkan pengambilan makanan berlemak,tinggi kolesterol dan makanan yang tinggi gula seperti     produk tenusu,daging merah,telur,hati dan lain-lain.
  - Banyakkan makan buah-buahan,sayur-sayuran,oat dan gandum.Serat akan mengikat kolesterol           dalam saluran usus dan menyingkirkannya dari tubuh.
  - Makan kekacang.Segenggam kacang sehari,terbukti boleh menurunkan kadar LDL atau kolesterol     jahat.Kacang pistachio dikatakan antara yang terbaik untuk menurunkan kadar kolesterol.



2. Banyakkan bersenam
  - Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL atau kolesterol baik.
  - Senaman selama 30 minit dalam beberapa hari seminggu dapat menurunkan kadar kolesterol.

3. Jalani pemeriksaan kesihatan
  - Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan kadar kolesterol sentiasa terkawal.

4. Berhenti merokok
  - Merokok akan mengurangkan kadar kolesterol HDL di dalam badan.

5. Amalkan diet seimbang
  - Diet yang seimbang dan berkhasiat dikatakan boleh membantu mengawal paras kolesterol.

6. Elakkan pengambilan alkohol
  - Alkohol menurunkan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

7. Elakkan stress
  - Stress yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol.
  - Mereka yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.
                  

Bagaimana Shaklee membantu?

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi atau tanpa ubat,suka diingatkan bahawa supplemen bukanlah ubat yang boleh mengubati penyakit secara segera.

Sekiranya anda sedang dalam rawatan doktor,dinasihatkan agar anda merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen.Ini kerana dikhuatiri pengambilan supplemen mempunyai tindak balas dengan ubat yang diambil.

Supplemen Shaklee yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol :-


B Complex - Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan paras kolesterol

Garlic - Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol 'jahat' LDL

Vita C- Vitamin C membantu menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri

Vita E - Vitamin E memperbaiki peredaran darah

Setiap pembelian Set Kolesterol Shaklee bersama saya layak menerima Jadual pengambilan supplemen dan konsultansi berterusan sepanjang pengambilan Set Kolesterol.



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

No comments:

Post a Comment