Thursday 21 May 2015

25 tip dapur bersih & selamat,buat anda selesa di dapur.

"Eeee..kotornya!" Inilah kata-kata yang mungkin diungkapkan sesiapapun apabila melihat keadaan dapur yang tidak dijaga sebaiknya.Keadaan dapur sedemikian bukan saja mengundang ketidakselesaan,malah boleh membawa bahaya kepada anda baik daripada segi keselamatan juga kesihatan.

Ikuti 25 tip dapur bersih dan selamat berikut sebagai panduan:

1.Buang barangan yang tidak diperlukan.

2.Ikuti kaedah menyimpan barangan dengan betul.

3.Pastikan peti sejuk kemas dan bersih.Buang isian yang tidak boleh digunakan.Bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4.Sentiasa lap permukaan kabinet,meja dan juga kaunter berpulau anda.

5.Lap ketuhar gelombang mikro selepas digunakan.

6.Pastikan sampah sentiasa dibuang daripada tong dan kemudiannya bersihkan tong sampah berkenaan untuk mengelak bau.

7.Amalan sikap membersihkan dapur selepas memasak.

8.Jangan lupa menukar tuala mahupun kain yang telah digunakan untuk mengelap.

9.Gunakan sekurang-kurangnya dua papan memotong dan asingkan penggunaan untuk sayur dan bahan mentah seperti ayam dan daging .

10.Jangan biarkan kotoran yang ada dalam keadaan terlalu lama kerana akan mengundang bakteria.

11.Pastikan singki anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

12.Mop lantai untuk pastikan ia bersih daripada kesan minyak atau sebarang sisa masakan untuk mengelakkan daripada tergelincir.

13.Lap kipas yang ada di dapur untuk mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam makanan yang dihidang.

14.Bakul sampah yang besar tidak sepatutnya berada di dapur kerana boleh menimbulkan ketidakselesaan.

15.Elakkan lantai daripada berkeadaan lembap.

16.Elakkan daripada meletakkan alatan tajam seperti pisau di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

17.Barangan kaca hendaklah disimpan di dalam rak bertutup.

18.Susun kelengkapan memasak di tempat sebaiknya untuk memudahkan kerja-kerja pencarian semula.

19.Elak daripada meletakkan alatan yang panas di tempat yang terlalu rendah dan mudah dicapai.

20.Tukar alat penapis air mengikut jadual yang telah ditentukan.

21.Bersihkan alat pemanas air setiap hari selepas menggunakannya untuk mengelakkan kesan karat.

22.Ketahui teknik membersihkan peti sejuk terlebih dahulu sebelum anda mula membersihkannya.

23.Elakkan daripada menggunakan bekas penyimpanan plastik yang telah digunakan untuk isian semula.Sebaiknya bersih dan keringkan terlebih dahulu.

24.Vakum karpet sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

25.Sentiasa bersedia dengan bahan penghapus haiwan perosak seperti lipas,tikus dan sebagainya.

Bila dapur sentiasa diselia dengan baik,kita pun rasa rajin nak masak untuk orang-orang tersayang.Makanan tentulah bukan saja bersih,malah selamat.


No comments:

Post a Comment