Saturday 25 April 2015

Tips banyakkan Susu Ibu

Sebagai ibu kita pasti nak yang terbaik untuk anak2 kita kan?Saya percaya ramai di antara ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah penyusuan,terutama untuk anak pertama.

Perkara ini biasa berlaku kepada mana-mana ibu yang menyusukan anak.Oleh itu anda tak perlu risau jika mengalami susu semakin berkurangan.Pelbagai tips,cara dan teori untuk memperbanyakkan susu.
Namun begitu,dengan pelbagai tips & cara yang diamalkan masih tidak memberi kesan untuk perbanyakkan susu.Kenapa?Ini kerana ibu tidak mengambil tahu akan punca kekurangan susu berlaku.Jika punca kekurangan susu itu diketahui,maka ia lebih mudah untuk dapatkan jalan penyelesaiannya. 

Apakah punca-punca susu semakin berkurang?

  1. Kurang stimulasi akibat kekangan masa di tempat kerja(kurang sesi mengepam)
  2. Keadaan ibu yang penat dan stress
  3. Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan kepada susu
  4. Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur)
  5. Ibu mendapati dirinya hamil lagi
  6. Bayi semakin kurang menyusu dan ibu tidak mengepam di rumah
  7. Bayi menyusu tidak sebaiknya yang mana boleh mengurangkan keberkesanan pengosongan payudara
  8. Ibu kurang menjaga diri dari segi pemakanan dan rehat

Tips banyakkan susu badan

 1. Elakkan Stress.Ini kerana stress boleh menyebabkan hormon yang menghasilkan susu 'tertekan'Jika anda sibuk ,cuba buat jadual dan bahagikan tugas ikut keutamaan.Tugas-tugas di rumah dikongsi bersama suami atau upah pembantu samada harian atau tinggal bersama. Sekiranya anda tidak mendapat sokongan penyusuan dari orang sekeliling dan anda stress dengannya, dapatkan pertolongan pihak ketiga, atau lekakan diri anda dengan perkara-perkara yang boleh membuat anda gembira. 

2. Pemakanan yang berkhasiat.Kurangkan pengambilan kafein kerana ia mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.Begitu juga makanan segera dan garam,ia menjadikan tubuh anda kehilangan air dengan cepat kerana garam menyerap air. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. 

3. Air kosong.Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.(Paksa diri minum,lama-lama terbiasa).Ia bagi memastikan kesihatan optimum anda.Lebih-lebih lagi jika mengambil supplemen,kuantiti air perlu banyak agar kepekatan cecair dalam tubuh berada dalam paras normal.Namun begitu,pengambilan air yang mencukupi sangat penting, walaupun tidak menyusukan anak.

 4. Sesi mengepam secara konsisten.Stimulasi diperlukan semasa bayi tidak menyusu.Ini bagi memastikan penghasilan susu yang berterusan.Bagaimana sibuk pun anda,cuba cari waktu untuk mengepam samada di rumah atau pejabat.Sekurang-kurangnya pam setiap 2-3jam sekali.Anda juga boleh mengepam serentak sambil menyusukan bayi. 

5. Sentiasa ceria.Melakukan aktiviti yang mengembirakan anda. Sentiasa berada dalam keadaan gembira akan membantu penyusuan.Lakukan apa saja aktiviti yang membuat anda gembira seperti beriadah bersama keluarga,menonton wayang,makan makanan kegemaran anda dan sebagainya.Ini kerana ia akan mengeluarkan hormon yang menggalakkan pengeluaran susu.

 6. Pengambilan supplemen.Pengambilan supplemen yang betul boleh membekalkan ibu dengan nutrient yang mencukupi.Supplemen yang baik bukan saja untuk memperbanyakkan susu,malah juga memberi kebaikan kepada ibu secara keseluruhan.

 7. Makanan penambah susu.Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti sawi dan sebagainya seperti buah tamar,lobak putih adalah antara makanan yang membantu memperbanyakkan susu.Pengambilan makanan tinggi serat juga bagus untuk keperluan tubuh badan anda. 

Faktor PALING UTAMA  dalam penyusuan ibu adalah kekerapan mengosongkan payudara.Kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya payudara kerap dikosongkan.  Walau pelbagai teknik atau sebagus mana teknik pun atau makanan penggalak susu yang anda amalkan atau ambil... kalau perkara yang satu ini diabaikan maka anda pasti takkan nampak jalan susu yang kurang nak bertambah. Apabila payudara kosong,ia akan menghantar isyarat kepada otak supaya “Hasilkan susu”. Jangan tunggu payudara bengkak atau penuh baru nak pam.Penuhi konsep penyusuan iaitu ‘Supply by Demand’,makin kerap dikosongkan makin banyak susu dihasilkan.Anda boleh pam semasa,selepas atau sebelum menyusukan bayi. Pam sehingga anda rasa payudara betul-betul kosong,ringan dan tiada susu lagi yang menitik. PAM! PAM! PAM! Dan PAM! 


Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu,anda tidak keseorangan.Ibu bekerjaya ini menghadapi masalah yang sama akibat kekangan masa.Bagaimana beliau mengatasi masalah kekurangan susu?Tonton video ni. 



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore

No comments:

Post a Comment