Wednesday 8 January 2014

Impian nak jadi Master Shaklee..

Semua orang ada impian masing2..impian nak rumah besar,kereta besar,duit pun nak 'besar' juga.Apakah maksud impian?Impaian adalah sesuatu yang ingin kita raih atau capai.Namun untuk mencapai impian perlu ada motivasi,usaha,dorongan,pengorbanan dan yang penting niat.
Kenapa perlu berimpian?Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa.Impian menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalam berusaha.Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk mencapai sesuatu di luar kebiasaan.
Saya juga punya impian,iaitu menjadi Master Coordinator Shaklee.Mula-mula join Shaklee tak terfikir pun ke arah itu sebab niat nak makan sendiri je.Tapi bila lama kelamaan timbul rasa nak serius berbisnes Shaklee sebab nampak kejayaan orang lain yang juga berimpian dan mereka mungkin telah capai impian masing2.Jika mereka boleh mengapa tidak saya..semua ada peluang yang sama dalam Shaklee tetapi bergantung pada diri sendiri dan tindakan untuk mengejar peluang itu.
Bila kita berimpian,tidak kiralah setinggi mana atau sebesar mana impian kita dengan niat yang betul pasti kita terdorong  ke arah mencapai impian kita.Impian saya untuk jadi Master bukan hanya ingin bebas dari segi masa dan kewangan saja,saya ingin membantu mereka di luar sana untuk hidup lebih sihat dengan perkongsian kebaikan Shaklee.Di samping itu,membantu mereka yang ingin menjana pendapatan bagi menampung kos hidup yang kini kian meningkat.Saya juga ingin melancong ke luar negara dan rasai sendiri pengalaman di negara orang di samping menambah ilmu pengetahuan.
Dengan 'title' Master Shaklee suatu hari nanti,segala impian saya akan saya capai.Namun untuk mencapai sesuatu kejayaan tidaklah semudah yang kita sangka.Disebalik setiap kejayaan itu pasti ada pengorbanan,suka duka,susah senang dan pelbagai dugaan yang perlu dihadapi.Motivasi,semangat juang yang tinggi,amalan rohani dan percaya pada diri sendiri atas apa yang dilakukan pasti akan tercapai impian kita.Oleh itu jangan takut untuk berimpian.

 


No comments:

Post a Comment