Sunday, 22 February 2015

Cara Simpan Susu Ibu (EBM)

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kita.Bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif,kita perlukan ilmu dan tahu cara penyimpanan Express Breast Milk (EBM) dengan betul bagi memelihara khasiatnya.

Kebanyakkan ibu-ibu bekerja perlu menyimpan stok susu yang mencukupi untuk diberikan semasa ketiadaan ibu bersama bayi.Susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah betul supaya nutriennya tidak musnah dan terpelihara kerana ia mengandungi sel hidup.Susu ibu secara semulajadinya mempunyai anti-bakteria yang membolehkan ia disimpan lama dan kekal segar.

Ini gambaran untuk kita faham cara penyimpanan susu ibu dan tempoh masa yang selamat.




Panduan menyahsejukbeku susu ibu:
  • Jika anda hendak menggunakan susu ibu yang telah dibekukan pada esok hari,turunkan susu tersebut ke peti ais bawah pada malamnya.
  • Bagi memanaskan susu,rendamkan botol/bekas susu tersebut di dalam air panas suam(air terlalu panas akan merosakkan kandungan nutrien dalam susu tersebut.
  • Goyangkan botol/bekas susu untuk memberi suhu sekata pada susu dan rasa dulu suhu susu sebelum diberi minum kepada bayi.
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • Botol/bekas susu perlu dibasuh bersih dengan sabun,direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan dengan sempurna.
  • Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan.contohnya 2-4oz setiap bekas.
  • Jangan simpan susu sehingga penuh botol/bekas.Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan semasa proses pembekuan.
  • Sebaiknya sebelum susu dibekukan,hendaklah disimpan di bahagian sejuk dahulu supaya nutriennya tidak rosak akibat perubahan susu yang mendadak.
  • Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana suhunya tidak stabil apabila pintu peti sejuk kerap dibuka tutup.
  • Sebaiknya simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan sekata.
  • Sekiranya menggunakan cooler bag,pastikan ice pack mencukupi dan ganti ice pack jika perlu serta elakkan kerap membuka cooler bag agar suhunya stabil.
Maklumat tambahan bagi ibu bekerjaya:
  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk / cooler bag.Bagi perjalanan balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk susu kekal sejuk (walaupun jarak ke rumah hanya 10minit).Apabila sampai di rumah,susu boleh disimpan di peti sejuk atas ataupun bawah.Tidak digalakkan menyimpan susu di bahagian sejuk beku semasa di pejabat kerana susu yang dibekukan sukar diurus (kerana kita perlu memastikan susu tersebut sentiasa beku dan tidak boleh cair walau sedikit).
  • Susu yang telah cair tidak boleh dibekukan semula.Namun ia boleh disimpan di bahagian peti sejuk bawah dan digunakan dalam masa 24jam dari waktu susu tersebut mula cair.
  • Susu perahan sebaiknya disimpan di bahagian peti sejuk bawah jika ia untuk stok beberapa hari.Jika selepas hari ke-5 susu masih belum digunakan,boleh dibekukan bagi memanjangkan tempoh hayatnya.
  • Akibat proses pembekuan,susu perahan akan kehilangan sedikit nutrien namun khasiatnya jauh lebih baik berbanding susu formula.Oleh itu ibu harus memberi bayi susu secara direct feeding,susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi nutrien dan antibodi bayi.
  • Susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis minum,boleh disejukkan semula dan digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam.Jika selepas penyusuan ke-2 masih bersisa,hendaklah dibuang. 
  • Jangan panaskan susu perahan dengan air mendidih,microwave atau air melebihi suhu 70 darjah Celcius kerana khasiatnya akan rosak.

Semoga maklumat dan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu meneruskan penyusuan sehingga umur anak mencecah 2 tahun.Jangan lupa konsep Demand & Supply,lebih kerap payudara dikosongkan,lebih banyak susu dihasilkan.Good Luck!



=== Untuk maklumat lanjut,hubungi saya Didie :
Email : didiesh33@gmail.com
H/P No. : 012-6227811
ID Shaklee : 890071
Fanpage : https://www.facebook.com/myvitaminstore







Wednesday, 4 February 2015

Promosi Februari 2015..4 Vitamin Shaklee yang hebat!

Bulan ni Shaklee dengan berbesar hati bagi tawaran istimewa untuk peminat2 nya.Jom kita tengok antara vitamin2 dengan harga yang best.



1. Beli 6 percuma 1 ~ Ostematrix & Vitalea

2. Beli 3 percuma 1 ~ Advance Joint Health Tablet & Vitalea for Children

Apa fungsi vitamin2 di atas?

Vitalea - multivitamin & mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap

Ostematrix - membantu untuk masalah tulang/kekurangan kalsium

Advance Joint Health - merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi

Vitalea for Children - menjaga kesihatan kanak2 

Pm saya Didie untuk maklumat lanjut @012-6227811. 

Thursday, 15 January 2015

Basic H²™

Basic H²™ adalah sesuatu yang anda perlukan untuk ribuan kerja-kerja isi rumah.Ia tidak bertoksik dan membersih secara semulajadi.Kepekatan berganda Basic H memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan.
Kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air.
Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh,didalam dan luar.
Tidak perlu dibilas,tiada sisa,formula bebas coretan.
Mengandungi bahan surfaktan yang mampu biodegradasi.


Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan.Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik Basic H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Sesuai digunakan untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci seperti:

  • Permukaan dapur,jubin dan lantai
  • Perkakas dapur;periuk,pinggan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perabot
  • Benda yang diperbuat daripada kayu
Cara mengguna Basic H² 
  • 16 oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan berkuasa
  • Untuk digunakan sebagai pembersih pelbagai: campurkan 1/4 sudu dengan 16oz air.
  • Untuk tingkap dan cermin: campurkan 1-2 titik ke dalam 16oz air
  • Untuk kerja yang lebih besar,tambah 2 oz kepada 1 gelen air
Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda - 16oz dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fostat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan