Thursday, 2 January 2014

Tips Banyakkan Susu Badan


Saya percaya ada di antara ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah dengan penyusuan terutama untuk anak pertama.Antara penyebab susu yang pada mulanya banyak semakin berkurang adalah :-

§  Keadaan ibu yang stress dan kepenatan.
§  Bayi semakin kurang menyusu dan ibu tidak mengepam di rumah.
§  Ibu mendapati dirinya hamil lagi.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu kurang menjaga diri dari segi pemakanan dan rehat.
§  Kurang stimulasi akibat kesibukan di tempat kerja (kurang kekerapan
          mengepam).
§  Bayi menyusu dengan ‘main-main’. Ini boleh mengurangkan keberkesanan
          pengosongan payudara.
§  Ibu mengalami menstruasi (datang haid) atau ovulasi (waktu subur).
§  Ibu mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan kepada susu.

Perkara ini adalah normal dan biasa berlaku kepada mana-mana ibu yang
menyusukan. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah susu yang tiba-tiba
berkurang, anda tidak keseorangan.
Terdapat banyak cara, teori dan ‘nasihat’ untuk memperbanyakkan susu. Namun
bagi sesetengah ibu, ada di antara tips-tips yang diamalkan tidak memberi kesan.
Mengapa begitu? Ini adalah kerana ibu tidak mengetahui atau tidak mengambil tahu
penyebab susunya menjadi kurang.
Perkara paling utama dalam menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengetahui
punca masalah tersebut. Apabila punca masalah dikenalpasti, maka lebih mudah lah
kita nak selesaikannya.

 
Tips banyakkan susu badan

1. Elakkan Stress
Hilangkan stress dari diri anda.Ini kerana stress boleh menyebabkan hormone yang menghasilkan susu ‘tertekan’.Jika anda sibuk , cuba buat jadual dan bahagikan tugas mengikut kepentingan.
Tugas-tugas di rumah dikongsi bersama suami atau upah pembantu samada harian atau yang tinggal bersama.Jika anda bermasalah dengan individu tertentu,cuba cari jalan penyelesaian secara baik.
Sekiranya anda tidak mendapat sokongan penyusuan dari orang sekeliling dan anda stress
dengannya, dapatkan pertolongan pihak ketiga, atau lekakan diri anda dengan
perkara-perkara yang boleh membuat anda gembira.

2. Pemakanan yang berkhasiat
Kafein mengurangkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrient,oleh itu kurangkan pengambilan kafein.Begitu juga makanan segera dan garam,ia menjadikan tubuh anda kehilangan air dengan cepat kerana garam menyerap air.Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Minum air kosong
Minum air kosong sekurang-kurangnya 3Liter sehari bagi memastikan kesihatan optimum anda.Apatah lagi jika mengambil supplemen,kuantiti air perlu banyak agar kepekatan cecair dalam tubuh berada dalam paras normal.Namun begitu.pengambilan air yang mencukupi SANGAT penting, walaupun tidak menyusukan anak.

4. Kekerapan mengepam
Stimulasi diperlukan semasa bayi tidak menyusu.Ini untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.Cari waktu untuk mengepam samada di rumah atau pejabat.Sekurang-kurangnya pam setiap 3 jam sekali.Anda juga boleh mengepam serentak sambil menyusukan bayi.

5. Melakukan aktiviti yang menggembirakan
Sentiasa berada dalam keadaan gembira akan membantu penyusuan.Beriadah bersama keluarga,menonton filem kesukaan,makan makanan kegemaran atau apa saja aktiviti yang mengembirakan kerana ia akan mengeluarkan hormone yang menggalakkan pengeluaran susu.

6. Pengambilan supplemen
Pengambilan supplemen yang betul boleh membekalkan ibu dengan nutrient yang mencukupi.Supplemen yang baik bukan saja untuk memperbanyakkan susu,ia juga member kebaikan kepada ibu secara keseluruhan.

7. Makanan penambah susu
Sayur-sayuran hijau seperti sawi dan sebagainya seperti buah tamar,lobak putih adalah antara makanan yang membantu memperbanyakkan susu.Pengambilan makanan tinggi serat juga bagus untuk keperluan tubuh badan anda.

Kerapkan menyusukan bayi dan mengepam supaya payudara kerap dikosongkan.
Kekerapan mengosongkan payudara adalah faktor PALING UTAMA dalam penyusuan
ibu. Walau pelbagai  teknik atau sebagus mana teknik pun atau makanan
penggalak susu yang anda amalkan atau ambil... kalau perkara yang satu ini
diabaikan maka anda pasti takkan nampak jalan susu yang kurang nak bertambah.
Apabila payudara kosong,ia akan menghantar isyarat kepada otak supaya “Buat susu”.
Jangan tunggu payudara bengkak atau penuh baru nak pam.Konsep penyusuan adalah ‘Supply by Demand’,makin kerap dikosongkan makin banyak susu dihasilkan.Anda boleh pam semasa,selepas atau sebelum menyusukan bayi. Pam sehingga anda rasa payudara betul-betul kosong,ringan dan tiada susu lagi yang menitik.



No comments:

Post a Comment